IDEAXCHANGE 2026 “UNITY IN ACTION: HARMONI-MESRA FOR A SEJAHTERA MALAYSIA”
Program berbentuk sesi dialog bertujuan menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan untuk mengetengahkan usaha dan inisiatif bagi memperkukuh kohesi sosial dan keterangkuman. Forum ini akan memberi tumpuan kepada konsep Harmoni-Mesra yang menekankan kepentingan sikap saling hormat-menghormati, perpaduan sosial, dan penyertaan inklusif dalam membentuk Malaysia yang berdaya tahan serta progresif, khususnya dalam mendepani cabaran sosial semasa

