Langkau ke kandungan utama

Kajian Delphi Mengenai Landskap Teknologi Rantaian Blok (Blockchain) Malaysia Pada Tahun 2040 (2018)

Penerangan :-

Objektif:
Menilai potensi dan impak masa depan Distributed Ledger Technology (DLT) dan Rantaian Blok (Blockchain) ke atas ekonomi dan sosial Malaysia menjelang tahun 2040. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti trend, sektor tumpuan, serta isu-isu penting untuk pembangunan teknologi ini di Malaysia.

Metodologi:
Kajian ini menggunakan kaedah Delphi yang dijalankan dalam dua pusingan. Ia melibatkan panel pakar dari pelbagai bidang seperti perundangan, kewangan, ICT, akademik, keusahawanan, dan penggubalan dasar untuk mencapai konsensus mengenai potensi Rantaian Blok.

Dapatan Utama:

  1. Sektor-sektor yang dikenal pasti paling berkemungkinan terkesan oleh Rantaian Blok adalah Perkhidmatan Kewangan (36%), diikuti Perkhidmatan Awam (16%), ICT (11%), Perdagangan dan Logistik (10%), dan Kesihatan (8%).
  2. Cabaran utama yang dikenal pasti termasuk isu berkaitan kerajaan (polisi, peraturan), ekonomi (ekosistem, pendanaan), sosial (kekurangan bakat, kesedaran), teknologi (legacy systems, interoperability), dan perundangan (ketidakpastian peraturan).
  3. Laporan ini mengesyorkan agar kerajaan memberi fokus strategik kepada lima sektor utama dalam tempoh 3-5 tahun iaitu, kewangan, perdagangan & logistik, tenaga, perkhidmatan awam, dan kesihatan.
Tarikh Terbitan :-
Jenis :-
Foresight STI