Workshop on Science, Technology and Innovation (STI) International Collaboration Funds 2025
20 Ogos 2025, Cyberjaya – “ππ°π³π¬π΄π©π°π± π°π― ππ€πͺπ¦π―π€π¦, ππ¦π€π©π―π°ππ°π¨πΊ π’π―π₯ ππ―π―π°π·π’π΅πͺπ°π― (πππ) ππ―π΅π¦π³π―π’π΅πͺπ°π―π’π ππ°πππ’π£π°π³π’π΅πͺπ°π― ππΆπ―π₯π΄ 2025” .
Bengkel ini merupakan antara inisiatif utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menterjemahkan komitmen MOSTI terhadap aspirasi βMerakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi.β Dalam dunia yang saling berhubung, kerjasama antarabangsa menjadi pemacu utama kepada penemuan baharu yang berimpak tinggi serta pembangunan mampan.
Program ini menghimpunkan hampir 200 peserta yang terdiri daripada para penyelidik, ahli akademik dan pemimpin industri; bagi meneroka peluang dalam bidang pembiayaan serta kerjasama antarabangsa. Program ini turut menampilkan beberapa tokoh ternama daripada organisasi terkemuka global yang telah berkongsi pandangan serta ilmu yang amat bernilai, antaranya:
Β· Ms. Reiko Yuguchi, Director of the Singapore Office, Japan Science and Technology Agency (JST)
Β· Ms. Leonie Nagarajan, Regional Coordinator ASEAN, EURAXESS Worldwide
Β· Puan Hazami Habib, CEO, Academy of Sciences Malaysia (Malaysia Science Endowment Fund)
Β· Dr. Zurina Moktar, from the Science & Technology Division, ASEAN Secretariat (ASEC)
Β· Ms. Jingyu Lin, from the Project Management Unit, APEC Secretariat
Β· Mr. Ahmad Razif Mohamad, Head of International Partnership, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
Bengkel ini antara lainnya memberikan kupasan mendalam mengenai mekanisme penting seperti ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF), Malaysia Science Endowment (MSE) serta model pembiayaan bersama yang inovatif. Pengetahuan ini amat penting untuk komuniti STI negara dalam mengakses sumber-sumber pembiayaan secara berkesan, memperkukuh kerjasama antarabangsa, serta mengangkat kedudukan Malaysia di persada dunia.
