STEM@POLIPD 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN
Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi akan menganjurkan Program MathEureca: STEM@PPD 2025. Program ini merupakan program Peringkat Kebangsaan yang bertujuan memupuk minat dalam mendalami bidang STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) disamping melahirkan pelajar dan masyarakat yang berdaya saing, serta berfikiran secara kritis dan kreatif. Program ini akan melibatkan aktiviti pameran dan pertandingan yang akan menguji peserta yang menyasarkan seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia serta pelajar sekolah menengah dan rendah Negeri Sembilan.
