Sesi Libat Urus Bersama Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Akademia bagi Program Pembangunan Sistem Augmentasi Satelit Navigasi Negara (SBAS)
Sesi Libat Urus Bersama Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Akademia bagi Program Pembangunan Sistem Augmentasi Satelit Navigasi Negara (SBAS) di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Hadir sama, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, MYSA dan YBrs. Puan Azmah binti Ali
Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa, MYSA.
SBAS merupakan salah satu daripada 92 KPI dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) di bawah Teras 2 iaitu ‘Menumpukan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara’.
SBAS berperanan meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan isyarat satelit navigasi atau Global Navigation Satellite System (GNSS) bagi menyokong sektor seperti penerbangan, perkapalan, pemetaan, pertanian berteknologi tinggi, kenderaan berautonomi serta pelbagai aplikasi lain yang bergantung kepada penentududukan berketepatan tinggi.
Organizer :-
MYSA
Date Start :-
Date End :-
Location :-
Ibupejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur
Website :-
www.mysa.gov.my
