PROGRAM MOSTI TECH TALKS SIRI 7/2025 โ “CHIPS, CAREERS & COUNTRY: THE RACE FOR MALAYSIA’S ADVANCED TECH LEADERSHIP”
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama UCSI University akan menganjurkan Program MOSTI Tech Talks Siri 7/2025 โ “Chips, Careers & Country: The Race for Malaysia’s Advanced Tech Leadership” seperti ketetapan berikut:
Tarikh :5 November 2025 (Rabu)
Masa :Bermula jam 8.00 malam
Tempat :Recital Hall, Block G, UCSI University, Kuala Lumpur
Sesi ini akan menampilkan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI untuk membincangkan secara mendalam mengenai industri Elektrik & Elektronik (E&E) dan semikonduktor. Industri ini adalah tonggak utama kemajuan teknologi negara, bertindak sebagai nadi kepada ekonomi berteknologi tinggi dan pemacu utama inovasi global, termasuk dalam bidang AI, kenderaan elektrik (EV), tenaga boleh diperbaharui dan 5G.

