Program Madani Rakyat – Kelantan 2025
Tarikh: 7 hingga 9 Ogos 2025 (Khamis hingga Sabtu)
Masa: Bermula jam 9.00 pagi
Lokasi: Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) demi kesejahteraan rakyat. Terdapat pelbagai pameran perkhidmatan serta aktiviti menarik secara terus kepada rakyat untuk semua peringkat umur.
