HARI TERBUKA DASAR SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA (DSTIN) 2021-2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan Hari Terbuka DSTIN (Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara) 2021-2030.
Program ini bertujuan mengumpul maklumat, input dan maklum balas serta membuat hebahan dan perkongsian ilmu berkaitan pencapaian DSTIN sebagai sebahagian daripada proses semakan semula dasar. Program ini akan merangkumi sesi utama seperti berikut:
Forum Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Eksplorasi DSTIN: 2.30 hingga 4.30 petang

