MOSTI Tech Talks 2026
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Program MOSTI Tech Talks 2026 yang akan membincangkan tajuk “AI and The Future of Engineering Careers” seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7.45 Malam
📍 Tempat: Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
Perkongsian Eksklusif:
Sesi kali ini bakal menampilkan YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang akan mengupas secara mendalam mengenai:
✨ Impak dan peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri global.
✨ Hala tuju serta persediaan mendepani landskap masa depan kerjaya bidang kejuruteraan.

