National Biotechnology Symposium (NBS) 2026
National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), akan menganjurkan National Biotechnology Symposium (NBS) 2026 pada 11 hingga 12 November 2026 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Bertemakan “Biotechnology 360: Innovate. Integrate. Inspire.”, simposium ini bakal menghimpunkan para penyelidik, saintis, pelajar serta pemain industri bagi meneroka inovasi terkini dalam bidang bioteknologi yang merangkumi sektor kesihatan, keselamatan makanan, bioekonomi, bioinformatik dan tenaga boleh baharu.

