Laporan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Laporan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia bertujuan untuk mengumpul data penting dan memberikan maklumat terperinci tentang pencapaian pelbagai indikator STI nasional yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan oleh MASTIC, bahagian/ jabatan/ agensi di bawah MOSTI serta kementerian/ jabatan/ agensi/ organisasi lain yang dikenal pasti sebagai data sekunder. Laporan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) telah dijalankan oleh MASTIC sejak 1992. Sebelas laporan telah diterbitkan. Kajian terbaru yang dijalankan pada tahun 2020.
Hasil kajian ini akan digunakan oleh penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk merangka strategi untuk memajukan bidang STI di Malaysia. Dapatan kajian ini juga akan disalurkan kepada agensi dan institut penyelidikan Kerajaan, institut pengajian tinggi dan pihak swasta sebagai bahan rujukan akademik.
Objektif Laporan Petunjuk STI Malaysia 2021
- Mengenal pasti, mengumpul dan menyediakan kompilasi petunjuk STI negara untuk dijadikan rujukan pihak berkepentingan, penggubal dasar dan golongan akademia.;
- Untuk menilai arah aliran, pencapaian dan jurang dalam STI;
- Membuat perbandingan pencapaian negara dalam bidang STI di peringkat antarabangsa; dan
- Mengemukakan cadangan penambahbaikan bidang STI yang berpotensi untuk dimajukan dan syor kepada pihak pembuat dasar untuk meningkatkan pencapaian STI negara pada masa hadapan
Skop dan Metodologi
Laporan Petunjuk STI Malaysia mengambil kira indikator-indikator berkaitan bidang STI di Malaysia.
Status Semasa Kajian Terkini
Laporan Petunjuk STI Malaysia terkini telah diterbitkan pada tahun 2021 bagi pelaksanaan Laporan Petunjuk STI Malaysia 2020.