Kajian Bibliometrik Kebangsaan
Latar Belakang
Kajian Bibliometrik Kebangsaan bertujuan mengenal pasti status produktiviti dan penghasilan pengetahuan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Sains Sosial di peringkat nasional dan antarabangsa. Lima (5) Kajian Bibliometrik Kebangsaan telah diterbitkan sejak 2003 dan kajian terbaru yang dijalankan oleh MASTIC pada 2018, meliputi data dari 2001 hingga 2017.
Statistik dan trend yang dilaporkan dalam kajian ini akan menjadi elemen petunjuk STI yang penting kepada pembuat dan penganalisis dasar negara bagi kedudukan Malaysia dalam penerbitan saintifik di peringkat antarabangsa.
Objektif Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017):
- Untuk mengukur tahap produktiviti output penyelidikan dalam bentuk terbitan saintifik di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tempoh Januari 2001 hingga Disember 2017 untuk kegunaan penyelidik, individu, organisasi dan negara sebagai rujukan utama.
- Untuk melaporkan prestasi penyelidikan melalui penerbitan yang diterbitkan oleh penyelidik tempatan setiap universiti dari data yang telah diindeks di pangkalan data antarabangsa.
- Untuk membuat perbandingan dari segi produktiviti bahan terbitan saintifik oleh penyelidik, universiti dan institusi penyelidikan tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Untuk menilai tahap kolaborasi di kalangan penyelidik, universiti dan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa dalam aktiviti penyelidikan.
- Untuk memetakan rangkaian penerbitan dan paten yang dihasilkan oleh institusi.
Skop dan Metodologi
Skop Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017) memberi tumpuan kepada produktiviti pengetahuan seperti berikut:
Status Semasa Kajian Terkini
Kajian Bibliometrik Kebangsaan terkini telah diterbitkan pada tahun 2019 bagi pelaksanaan Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017).