Langkau ke kandungan utama

Jangkaan Teknologi Kebangsaan 2010

Penerangan :-

Objektif:
Mengenal pasti keutamaan teknologi dan memandu pelaburan strategik untuk memacu Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan berpacukan inovasi menjelang 2020. Ini merupakan inisiatif jangkaan (foresight) pertama yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Metodologi:
Kajian ini menggunakan pendekatan yang pelbagai dan komprehensif, merangkumi Analisis STEEP, Analisis Paten, Kaji Selidik Dalam Talian, Panel Pakar, Perancangan Senario, dan Kajian Delphi untuk mengumpul dan menganalisis data.

Dapatan Utama:
Lima(5) cadangan utama kepada Strategi S&T Kebangsaan telah dikenal pasti sebagai teras pembangunan teknologi negara iaitu:

  1. Teknologi Perindustrian Utama
  2. Teknologi Baharu dan Konvergen
  3. Teknologi Berkaitan Isu Negara
  4. Teknologi Berkaitan Isu Global
  5. Teknologi Pimpinan Kerajaan

Manakala bidang teknologi keutamaan yang disyorkan termasuk Pembuatan Termaju, Pengurusan Alam Sekitar, Tenaga Masa Depan, Perubatan dan Penjagaan Kesihatan, Bioteknologi, dan ICT.

Laporan ini turut menggariskan cadangan dasar memperkukuh penyelidikan, pembangunan modal insan, dan mekanisme kerjasama antara kerajaan, pemain industri, dan ahli akademik.

Tarikh Terbitan :-
Jenis :-
Foresight STI