Langkau ke kandungan utama

MENGENAI PERKHIDMATAN INVENTORI STI
Perkhidmatan Inventori STI ialah platform bersepadu nasional untuk data sains, teknologi dan inovasi (STI) di Malaysia. Ia menyatukan maklumat secara holistik daripada lebih 100 organisasi penyumbang data termasuk universiti, agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC/GLG).

Melalui KRSTE.my, pengguna boleh mengakses data mengenai modal insan, fasiliti dan peralatan saintifik, projek R&D, serta produk dan teknologi tempatan. Perkongsian data ini membuka peluang kepada kolaborasi strategik dalam penyelidikan, komersialisasi, pelaburan serta inovasi.

Platform ini bukan sahaja bermanfaat untuk penyelidik dan akademia, malah menjadi sumber rujukan utama bagi pembuat dasar, industri, pelabur serta komuniti dalam memperkasakan ekosistem STI yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

Maklumat pada halaman ini disediakan oleh Unit Pengurusan Data
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila e-mel: infoservices_mastic@mosti.gov.my