Langkau ke kandungan utama

MENGENAI PENARAFAN STI ANTARABANGSA
MASTIC bertanggungjawab memantau serta melaporkan status kedudukan dan skor Malaysia berdasarkan laporan tahunan Indeks Inovasi Global (GII) dan 100 Kluster Inovasi Teratas diterbitkan oleh WIPO. Untuk memudahkan rujukan mudah dan memaklumkan pengurusan tertinggi MOSTI dan kementerian/agensi lain yang berkaitan tentang kepentingan indeks ini, MASTIC telah membangunkan Sistem Pemantauan Model Data Indeks Inovasi Global.

Portal ini memaparkan kedudukan serta skor Malaysia berbanding 132 negara lain yang dinilai dalam Laporan GII, di samping mengumpulkan maklumat berkaitan projek, inisiatif dan program inovasi kementerian/agensi. Dengan kemudahan ini, pihak pengurusan dapat merancang dasar, intervensi, projek atau inisiatif baharu yang lebih selaras dengan dasar sedia ada. Pendekatan ini menyokong amalan Whole-of-Government Approach dalam memperkukuh kedudukan dan skor Malaysia di peringkat global, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam Laporan GII.

Indeks Inovasi Global (GII)
Indeks Inovasi Global (GII) ialah inisiatif oleh WIPO, Cornell University dan INSEAD yang menjadi penanda aras penting dalam menilai serta merangking keupayaan inovasi negara-negara di dunia, termasuk Malaysia.

Kedudukan Antarabangsa STI Terkini:

Indeks Inovasi Malaysia (MII)

Indeks inovasi malaysia, atau ringkasnya MII, merupakan satu inisiatif penting yang dibangunkan bagi mengukur tahap ekosistem inovasi di setiap negeri di malaysia. Melalui MII, kita dapat melihat kekuatan, potensi serta jurang inovasi di peringkat negeri, sekali gus membantu kerajaan merancang langkah intervensi yang lebih tepat dan bersasar.

Pembangunan MII ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kerajaan-kerajaan negeri, serta pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, termasuk melalui sesi libat urus dan pengumpulan data inovasi yang menyeluruh.

Laporan MII turut menyediakan profil ekosistem inovasi bagi setiap negeri serta menampilkan amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan bersama. Justeru, MII bukan sekadar sebuah indeks, malah berfungsi sebagai panduan penting kepada pembuat dasar dalam usaha memperkukuh ekosistem inovasi di peringkat negeri dan negara.

Baca selanjutnya....

Maklumat di halaman ini disediakan oleh Unit Indikator & Daya Saing
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila e-mel: mastic_spds@mosti.gov.my