Langkau ke kandungan utama

TUJUAN PEMBANGUNAN

Sistem Klasifikasi Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MRDCS)

Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) mula diperkenalkan pada Kajian Penyelidkan dan Pembangunan Kebangsaan tahun 1992. Ia direkabentuk untuk mengklasifikasi dan menerangkan aktiviti penyelidikan di Malaysia sehingga lengkap butiran dan tepat. Klasifikasi ini menyediakan asas pengukuran dan analisa bagi aktiviti R&D dan statistic yang merupakan garis panduan berguna kepada penggubal dasar kerajaan, industri dan penyelidik. Ia juga petunjuk berguna untuk halatuju R&D dan perubahan teknologi. Oleh sebab kemajuan teknologi semakin dinamik, tiada had ditetapkan untuk pengenalan bidang penyelidikan yang baru. Edisi ke-enam MRDCS dilihat sebagai kesinambungan dan kemaskini terbaru untuk menangani jurang teknologi dan rintangan. Tahap piawai kerangka yang diatur dalam klasifikasi ini menyokong aktiviti berkaitan R&D yang jelas dan sangat berbeza untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan menetapkan keutamaan, memberi dana, memaksimumkan usaha R&D dan juga penanda kepada perbandingan antarabangsa.

Perubahan selaras dengan keperluan peredaran zaman

Baru
Edisi ke 7 - 01 Sep 2021

Kod 4,358

  • Bidang Penyelidikan (4,248)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (110)

edisi ke 6 – 01 Mar 2011

Kod 3,647

  • Bidang Penyelidikan (3,319)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (328)

Edisi ke 5 – 01 Jan 2006

Kod 3,219

  • Bidang Penyelidikan (3,021)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (198)

Edisi ke 4 – 01 Dec 2000

Kod 3,475

  • Bidang Penyelidikan (2,228)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (1,247)

Edisi ke 3 – 01 Dec 1998

Kod1,983

  • Bidang Penyelidikan (1,148)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (835)

Edisi ke 2 – 01 Aug 1995

Kod1,899

  • Bidang Penyelidikan (1,052)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (847)

Edisi Pertama – 01 Nov 1993

Kod1,236

  • Bidang Penyelidikan (604)
  • Objektif Sosio-Ekonomi (632)