Mereka yang berada di kumpulan industri juga tidak ketinggalan untuk mendapat manfaat daripada KRSTE.my. Ini kerana kos, masa dan usaha untuk penghasilan R&D dapat dijimatkan dengan menganalisis inisiatif dan hasil R&D sebelumnya. Pakar industri akan memperoleh input yang berharga bagi mengelakkan pembaziran sumber dan memberi arah untuk menyalurkan sumber terhad mereka dan menyelaraskan sumber sedia ada bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
Analisis terhadap pelajaran yang dipelajari daripada org lain akan membolehkan mereka untuk fokus kepada peluang ekonomi, teknologi dan pengkomersialan yang baru dan bagaimana mengakses dana untuk melaksanakannya sambil melindungi diri mereka sendiri, IP Organisasi mereka, dan penembusan baru yang ingin dikomersialkan dan dipasarkan.
Oleh itu, KRSTE.my akan mempromosikan pengembangan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan saintifik daripada kumpulan industri untuk peningkatan produk dan perkhidmatan serta inovasi. Seterusnya pertumbuhan pelbagai pengetahuan yang berkaitan dengan industri akan menyumbang kepada daya saing yang lebih tinggi di pasaran tempatan dan global.