Bengkel Penyelarasan Input Inisiatif Global Innovation Index
Acara & Aktiviti JIPGII
Empat (4) siri bengkel selama empat (4) hari berturut-turut dari 4 hingga 7 Sep 2023 bertujuan:
- Sebagai platform untuk verifikasi dan validasi maklumat inisiatif dan program yang telah dikemukakan oleh setiap Kementerian;
- Memberi pendedahan mengenai Sistem Model Data Global Innovation Index; dan
- Menyediakan laporan hasil bengkel untuk makluman pengurusan tertinggi seterusnya akan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing Indeks Inovasi Global (JIPGII).


