Seminar Foresight dalam Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia MASTIC) hari ini menganjurkan Seminar Foresight dalam Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dengan tema โFuture Ready with Forecast and Foresightโ.
Penganjuran seminar ini bertujuan untuk membudayakan keputusan berdasarkan data dan aplikasi foresight dalam gerak kerja Kerajaan, penyediaan medium kolaborasi strategik bersama pemegang taruh dan platform pemindahan pengetahuan mengenai tren analitik data raya dan foresight kepada peserta seminar. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil Kerajaan, swasta, akademia dan ๐ด๐ฐ๐ถ๐ต๐ฉ-๐ด๐ฐ๐ถ๐ต๐ฉ ๐ค๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ต๐ณ๐ช๐ด
Berucap di majlis perasmian, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menekankan akan kepentingan elemen analitik data raya dan aplikasi foresight dalam meneliti pembangunan teknologi baharu seperti Generative AI (GenAI). Dua (2) elemen ini juga boleh membantu Kerajaan dalam merangka polisi yang strategik berasaskan data dan futuristik dengan pembangunan senario masa hadapan.
MOSTI turut menyambut baik kerjasama bersama Korea Institute of Science & Technology Evaluation and Planning (KISTEP) yang merupakan agensi peneraju STI Korea Selatan. Kerjasama bersama KISTEP ini adalah hasil daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ISTIC dan KISTEP yang telah ditandatangani pada tahun 2008.
MOSTI akan sentiasa membina jaringan bersama negara-negara luar khususnya bagi pemerkasaan tadbir urus STI yang mempunyai daya jangkau yang luas. Ini penting untuk memastikan tahap STI negara kekal berdaya di peringkat global.
.
#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #MOSTIluarbiasa #MalaysiaMADANI







