Lawatan Kerja TKSU ke Korean Academy of Science & Technology (KAST)
24 Jun 2024, Korea Selatan – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Korean Academy of Science & Technology (KAST), Korea Selatan. Turut hadir adalah YBrs. Puan Hazami binti Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan pegawai-pegawai kanan MOSTI.


