Bengkel Pemurnian Kerangka Analisis Permintaan dan Penawaran Bakat STEM
Bengkel Pemurnian Kerangka Analisis Permintaan dan Penawaran Bakat STEM yang diadakan pada 6–7 November 2025 di Palm Garden Hotel anjuran MASTIC, MOSTI bertujuan menyemak dan memurnikan kerangka analisis serta instrumen survei bagi kajian Demand Dynamic Analysis (DDA). Bengkel ini turut melibatkan latihan pemetaan data, pembangunan unjuran asas dan analisis awal menggunakan data sebenar agensi berkaitan untuk menyokong dasar berasaskan bukti.

