βSATU BULAN β’ BERJUTA DUNIAβ: MELANCONI KE ERA BBAHASA ANGKA LEPAS
Pelancaran ini merupakan inisiatif penting dalam memupuk minat generasi muda terhadap bidang angkasa lepas dan sains, serta menyokong agenda strategik negara dalam memperkukuh ekosistem angkasa dan penyertaan Malaysia dalam program antarabangsa.
Dalam ucapannya, YBhg. Datoβ KSU menegaskan bahawa bulan mempunyai kedudukan istimewa dalam identiti dan budaya Malaysia, di mana kitaran lunar bukan sahaja membentuk kalendar dan tradisi masyarakat pelbagai kaum, tetapi turut mencetuskan rasa ingin tahu yang menjadi asas kepada minat terhadap dunia sains.
Selaras dengan perkembangan global melalui misi Artemis oleh NASA, Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menandatangani Artemis Accords. Komitmen ini menzahirkan kesediaan negara untuk terlibat dalam penerokaan angkasa lepas secara aman dan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam pemajuan teknologi lunar serta pembangunan ekonomi angkasa masa hadapan.
Program ini turut direalisasikan melalui kerjasama erat antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), ADL Space Academy dan rakan strategik lain dalam memperkasakan inisiatif pendidikan angkasa negara. βSatu Bulan β’ Pelbagai Duniaβ diharapkan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai saintis dan inovator Malaysia yang berupaya mencorakkan masa depan manusia di luar planet Bumi.
Organisasi :-
Kedutaan Amerika Syarikat
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :-
Planetarium Negara KL
laman web:-
https://www.planetariumnegara.gov.my/#/landing

