HADIAH PAMERAN ASM ARTSCIENCE™ 2025
ASM memperkenalkan Inisiatif ArtScience™ sejak 2019, meraikan sinergi kreatif antara seni dan inovasi sains. Tahun ini, kami dengan bangganya menampilkan karya lima (5) finalis terpilih dalam pameran dwitahunan yang memukau ini.
🖼️ Pameran menampilkan pelbagai format kontemporari seperti media baru, seni visual, paparan interaktif, seni berasaskan masa, serta persembahan langsung yang unik.
🌟 Tema 2025:
“Mengubah Masa Depan Seni: Penyatuan AI dan Kelestarian”
Menyingkap tafsiran segar dan inspirasi dari para finalis tentang bagaimana seni dan sains bersatu mencipta masa depan lebih lestari.
📅 Tarikh: 17 – 24 November 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Aras 2, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
Jom hadir dan alami sendiri inovasi seni sains yang membuka minda dan mengubah perspektif.

