Langkau ke kandungan utama

Malaysia Techlympics 2025

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sekali lagi akan menganjurkan program pembudayaan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) perdana negara, Malaysia Techlympics 2025, platform program pembudayaan STI bagi mencungkil dan mencabar potensi belia dalam dunia teknologi masa depan!

Malaysia Techlympics merupakan program pembudayaan STI berbentuk pertandingan berasaskan pengaplikasian ilmu dan inovasi idea, merangkumi pelbagai bidang seperti penerbangan dron, pengaturcaraan (coding), robot tempur dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Malaysia Techlympics menghimpunkan bakat belia berumur 7 hingga 30 tahun dari peringkat sekolah hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Penganjuran kali ini melibatkan saringan di enam (6) zon utama di seluruh negara iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sebelum penganjuran Malaysia Techlympics Peringkat Akhir Kebangsaan.

Edisi kali ini turut menawarkan pelbagai pengisian menarik sepanjang dua (2) hari penganjuran, termasuk:
▪️ 30 reruai dan pameran STI oleh agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan penggiat industri tempatan;
▪️ Aktiviti pentas seperti pertunjukan sains, forum, pocket talks, mini games dan persembahan hiburan;
▪️ Aktiviti interaktif berasaskan teknologi termasuk Pengalaman VR;
▪️ MOSTICARES@Melaka bersama Hospital Melaka; serta
▪️ Jualan foodtruck yang memeriahkan suasana karnival teknologi negara!

Malaysia Techlympics bukan sekadar pertandingan, tetapi medan pembudayaan sains yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan semangat inovasi generasi muda — seiring aspirasi Kerajaan MADANI kepada arah masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing.

Organisasi :- MOSTI
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :- MITC Melaka
laman web:- www.mosti.gov.my
malaysia-techlympic-akhir-mitc-melaka