Langkau ke kandungan utama

Meja Bulat Sesi C-Suite – Mentakrifkan Semula Masa Depan: Bakat Teknologi Terkemuka di Tengah-tengah Anjakan Global

Dengan tema “Redefining The Future: Leading Tech Talent Amidst Global Shifts” penganjuran Sesi C-Suite Roundtable bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang bernilai daripada pemain industri yang berkepentingan. Sesi ini turut disertai oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Hasil daripada perbincangan tersebut akan dirumuskan dalam kertas putih yang akan dikongsikan dengan pihak berkepentingan sebagai panduan strategik. Fokus utama sesi ini adalah untuk membangunkan, mengekalkan, serta menarik bakat teknologi dalam menghadapi perubahan global, kemajuan teknologi, dan dinamik kerja masa kini.
Sesi ini juga menekankan kepentingan kerjasama antara industri, akademia, dan kerajaan dalam memperkukuh tenaga kerja masa depan, memastikan ekosistem yang berdaya tahan, inovatif, dan inklusif. Sesi ini turut disertai oleh 30 pegawai kanan dan pemimpin industri peringkat C-suite daripada pelbagai sektor, yang membawa pelbagai perspektif dan kepakaran.
Organisasi :- MBOT
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :- Kuala Lumpur, Malaysia
laman web:- www.mbot.org.my
Pic Redefining The Future Sesi C Suite Roundtable 28022025