PROGRAM PERDANA KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA (MSN) DAN MALAYSIA TECHLYMPICS (MT) 2024 PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN
Program Perdana Karnival Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics (MT) 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:
๐ ๏ธ 17 โ 18 November 2024 (Ahad & Isnin)
โฒ๏ธ 9.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
Terdapat lebih daripada 30 reruai pameran bertemakan STI, aktiviti-aktiviti pentas seperti seminar, ceramah, demonstrasi sains, perkongsian pengetahuan dan kuiz serta pertandingan akhir Malaysia Techlympics yang melibatkan lebih daripada 500 pasukan (sekolah rendah, menengah dan belia) yang akan bertanding dalam pelbagai kategori pertandingan STEM.
Seterusnya, bersempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, perkhidmatan shuttle bus akan disediakan pada jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi pada 18 November 2024 (Isnin) bertempat di Lobi Blok C4, MOSTI. Masuk adalah percuma!
