Resilient Asia 2026 Exposition & Forum
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menganjurkan program Resilient Asia 2026 Exposition & Forum yang dijadualkan seperti berikut:
Tarikh: 24 hingga 26 April 2026
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Penganjuran ini merupakan inisiatif penting negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam pengurusan bencana. Program kali ini membawa tema:
“Pendayagunaan AI – Memacu Pengurusan Bencana Ke Arah Komuniti Berdaya Tahan” (AI for Future-Proofing Disaster Management towards Stronger Communities).
Program ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

