Indeks Inovasi Malaysia 2025
MII 2025 Report Final (Digital)
Indeks inovasi malaysia, atau ringkasnya MII, merupakan satu inisiatif penting yang dibangunkan bagi mengukur tahap ekosistem inovasi di setiap negeri di malaysia. Melalui MII, kita dapat melihat kekuatan, potensi serta jurang inovasi di peringkat negeri, sekali gus membantu kerajaan merancang langkah intervensi yang lebih tepat dan bersasar.
Pembangunan MII ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kerajaan-kerajaan negeri, serta pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, termasuk melalui sesi libat urus dan pengumpulan data inovasi yang menyeluruh.
Laporan MII turut menyediakan profil ekosistem inovasi bagi setiap negeri serta menampilkan amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan bersama. Justeru, MII bukan sekadar sebuah indeks, malah berfungsi sebagai panduan penting kepada pembuat dasar dalam usaha memperkukuh ekosistem inovasi di peringkat negeri dan negara.

