MOSTI Tech Talks Siri 6/2025 – “Tech Startup”
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan Program MOSTI Tech Talks Siri 6/2025 – “Tech Startup” seperti ketetapan berikut:
Tarikh:14 Oktober 2025 (Selasa)
Masa:Bermula jam 5.00 petang
Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan
Sesi ini akan menunjukkan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman berkenaan potensi serta hala tuju pembangunan syarikat pemula teknologi (tech startup) dalam membentuk ekosistem inovasi negara.

