Langkau ke kandungan utama

Bengkel mengenai Dana Kolaborasi Antarabangsa Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) 2025

20 Ogos 2025, Cyberjaya – β€œπ˜žπ˜°π˜³π˜¬π˜΄π˜©π˜°π˜± 𝘰𝘯 𝘚𝘀π˜ͺ𝘦𝘯𝘀𝘦, π˜›π˜¦π˜€π˜©π˜―π˜°π˜­π˜°π˜¨π˜Ί 𝘒𝘯π˜₯ 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (𝘰𝘯) 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯𝘒𝘭 𝘊𝘰𝘭𝘭𝘒𝘣𝘰𝘳𝘒𝘡π˜ͺ 𝘍𝘢𝘯π˜₯𝘴 2025” .

Bengkel ini merupakan antara inisiatif utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menerjemahkan komitmen MOSTI terhadap aspirasi β€œMerakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi.” Dalam dunia yang saling berhubung, kerjasama antarabangsa menjadi pemacu utama kepada penemuan baharu yang berimpak tinggi serta pembangunan mampan.

Program ini menghimpunkan hampir 200 peserta yang terdiri daripada para penyelidik, ahli akademik dan pemimpin industri; bagi peluang dalam bidang pembiayaan serta kerjasama antarabangsa. Program ini turut menampilkan beberapa tokoh ternama daripada organisasi terkemuka global yang telah berkongsi pandangan serta ilmu yang amat bernilai, antaranya:
Β· Cik Reiko Yuguchi, Pengarah Pejabat Singapura, Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST)
Β· Cik Leonie Nagarajan, Penyelaras Serantau ASEAN, EURAXESS Seluruh Dunia
Β· Puan Hazami Habib, CEO, Academy of Sciences Malaysia (Malaysia Science Endowment Fund)
Β· Dr. Zurina Moktar, dari Bahagian Sains & Teknologi, Sekretariat ASEAN (ASEC)
Β· Cik Jingyu Lin, dari Unit Pengurusan Projek, Sekretariat APEC
Β· En. Ahmad Razif Mohamad, Ketua Perkongsian Antarabangsa, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT)

Bengkel ini antara lain memberikan kupasan mendalam mengenai mekanisme penting seperti ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF), Malaysia Science Endowment (MSE) serta model pembiayaan bersama yang inovatif. Pengetahuan ini amat penting untuk komuniti STI negara dalam mengakses sumber-sumber pembiayaan secara berkesan, menjalin kerjasama antarabangsa, serta mengangkat kedudukan Malaysia di persada dunia.

Organisasi :- MOSTI
Tarikh Mula :-
Tarikh Tamat :-
lokasi :- Cyberjaya
laman web:- www.mosti.gov.my
icf-2025-page-1