Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)mendapat jemputan dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang bagi mengadakan Sesi Taklimat dan Latihan Hands-On Sistem KRSTE.my pada 28 Februari 2024 secara bersemuka dan atas talian dengan peserta terdiri daripada pegawai daripada Institut Penyelidikan Perikanan seluruh negeri. Pegawai MASTIC telah memberikan penerangan secara terus bagi pengisian dan pengemaskinian maklumat mengikut modul-modul yang berkaitan selain memberikan pendedahan tatacara memuat naik data-data ke dalam sistem KRSTE.my.