PULSE GRANDE HOTEL PUTRAJAYA
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) dengan Kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Input Global Innovation Index (GII). Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ruziah Shafie, Timbalan Ketua Setiausana Perancangan dan Pembudayaan MOSTI dan Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Bengkel ini berlangsung selama empat hari mulai 4 hingga 7 September 2023 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya melibatkan peserta daripada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi berikutan Global Innovation Index telah menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Pengarah. Bengkel ini juga merupakan satu platform penting untuk verifikasi input inisiatif / projek inovasi yang telah disumbangkan oleh semua Kementerian, jabatan dan agensi berkaitan yang berpotensi untuk membantu peningkatan skor inovasi negara dalam GII dan menjadi platform untuk semua Kementerian untuk memahami secara lebih mendalam berhubung GII serta membina jaringan kerjasama di antara semua para peserta bengkel untuk memperkukuhkan ekosistem inovasi Malaysia.