Skip to main content
Please wait...

PUTRAJAYA, 30 September 2022 – Malaysia menduduki tangga ke 36 daripada 132 buah negara berdasarkan Laporan Global Innovation Index (GII) Tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland. Kedudukan ini amat membanggakan negara setelah mengharungi pelbagai cabaran semasa pandemik COVID-19.

Malaysia merupakan negara ke-3 paling berinovatif selepas China dan Bulgaria dalam kalangan 36 upper-middle income countries berdasarkan Laporan GII 2022. Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat ke-2 selepas Singapura.

Malaysia berada di kedudukan pertama bagi dua (2) indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods exports. Tiga (3) daripada tujuh (7) tonggak menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021 iaitu Market Sophistication (26 berbanding 30), Institutions (34 berbanding 41) dan Human Capital and Research (38 berbanding 39).

Bagi memastikan prestasi inovasi negara kekal berdaya saing di peringkat global, MOSTI telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing Global Innovation Index (JIPGII) melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bagi memantau pencapaian prestasi daya saing negara. Ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan pencapaian GII negara.

Untuk merealisasikan hasrat ini dan meningkatkan ekonomi berteraskan inovasi, kerajaan mengambil pendekatan Keluarga Malaysia atau whole of nation approach yang melibatkan semua jentera kerajaan, industri, akademia dan masyarakat.

#  TAMAT  #

Disediakan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - 30 SEPTEMBER 2022

Sumber rujukan: https://www.mosti.gov.my/siaran-kenyataan-media/kedudukan-daya-saing-malaysia-dalam-global-innovation-index-gii-2022/

Date