Skip to main content
Please wait...

Dipengerusikan oleh YB Menteri MOSTI telah bersetuju dengan inisiatif pembangunan sistem dan penghasilan laporan model data GII oleh MIGHT.

Pembentangan Laporan Global Innovation Index (GII) dan Pembangunan Model Data GII

MIGHT telah membangunkan model kuantitatif menggunakan (2) jenis analisis kuantitatif iaitu What If analysis dan Scenario simulation bagi menanda aras indeks yang boleh digunakan untuk menganalisis indeks pengukuran negara seperti GII dan GCI.

Model ini akan membantu untuk memahami tingkah laku sesebuah sistem penilaian indeks dalam menghasilkan skor dan kedudukan negara. Rangkaian model data yang dihubungkan dengan petunjuk, satu analisis kepekaan (sensitivity analysis) dapat dilaksanakan untuk memahami bagaimana setiap petunjuk mempengaruhi indeks penanda aras negara yang berbeza.

Analisis berdasarkan scenario building juga akan diteliti berdasarkan trend data sebelum ini untuk mengenalpasti perubahan dan intervensi yang diperlukan. MIGHT akan menambahbaik model data dengan menggunakan analysis tools dan uncertainity analysis berdasarkan sejarah trend dan pencapaian sebelum ini serta untuk memahami kaitan (correlation) satu indikator dengan yang lain dan juga kaitan dengan pencapaian negara lain agar keputusan yang lebih tepat boleh dibuat berkaitan petunjuk yang perlu diberi fokus.

Penambahbaikan model data ini dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya tertumpu kepada kedudukan negara bagi tahun 2022 dengan mengambilkira perubahan indikator oleh pihak penerbit pada masa akan datang.

Laporan GII hendaklah diedarkan dan dijelaskan kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam negara untuk menambahbaik strategi dan tindakan dalam meningkatkan skor yang berkaitan.

Permohonan kelulusan peruntukan dengan anggaran sebanyak RM300 ribu oleh MIGHT untuk pembangunan sistem model data GII ini sedang dalam pertimbangan Pegawai Pengawal.

Date