Skip to main content
Please wait...
Tonggak1-GII2023
Summary

Global Innovation Index adalah laporan daya saing antarabangsa yang diterbitkan setiap tahun oleh World Intellectual Property (WIPO). Laporan ini menilai tahap inovasi bagi sesebuah negara berdasarkan metodologi tertentu dan berdasarkan tujuh (7) tonggak iaitu:

1. Institusi;

2. Modal Insan dan Penyelidikan;

3. Infrastruktur;

4. Kecanggihan Pasaran;

5. Kecanggihan Perniagaan;

6. Output Teknologi Pengetahuan; dan

7. Output Kreatif. 

Secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia tidak berubah iaitu berada di kedudukan ke-36 daripada 132 buah negara dalam laporan GII 2023 berbanding tahun 2022. Walau bagaimanapun, skor mengalami peningkatan daripada 38.7 (tahun 2022) kepada 40.9.

Jika prestasi dinilai berdasarkan tonggak, terdapat peningkatan kedudukan bagi tonggak 1 (Institusi) iaitu daripada kedudukan ke-34 (tahun 2022) kepada kedudukan ke-29 pada tahun 2023. Negara terbaik bagi tonggak 1 adalah Singapura, diikuti dengan Switzerland dan Finland.

#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi #MOSTIluarbiasa

Publication Date