Skip to main content
x
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3031611287


Propoplus : Bee defence human beauty treasure

Propoplus : Bees defence human beauty treasure is a set of beauty product consists of 2 in 1 moisturiser cream, facial cleanser and hand lotion that sweeps away make-up and grime without drying out the skin. Stingless bee propolis are the active ingredients of this product.

Besut Terengganu

ID : tm3031711288


IVER

IVER is an unmanned aerial equipment that assists rescue workers to find victims during natural disaster. The equipment is able to fly low altitude while providing live video feed to rescuers. Its main focuses are on easy operation, long fly time and able to withstand harsh weather conditions.

Besut Terengganu

ID : tm3031811289


Em Foliar Fertilizer

This product is produced by combining effective microorganisms that were isolated from Bris Soil in Tembila with essentials macro and micro nutrients, organic materials and growth regulators required by plants.The microorganisms used are adaptable to the chemical and organic foliar solution

Besut Terengganu

ID : tm3406415035


Mass Fry Production of Marine Finfishes in Tank

Technology to produce marine finfish juveniles suitable for grow-out in net-cages and earthern ponds. The process begins with broodstock maintenance and eggs production by natural or induced spawning through hormonal injection.

Besut Terengganu

ID : tm3406515036


Spawning Stretcher : Usungan Pembenihan

Alat ini direka khas bagi membantu kerja-kerja pembenihan
di hatcheri. Sebelum inovasi, pengendalian ikan untuk tujuan
pembenihan dilakukan dengan cara memegang induk dan ini
memerlukan tenaga kerja yang mahir dan ramai. Kerja sebegini
bertambah rumit sekiranya induk itu besar. Alat ini direka bagi
memudahkan kerja pembenihan di samping mengurangkan tekanan
pada ikan. Komponen-komponen Spawning Stretcher adalah beg
anti-stress, rangka penyokong yang diperbuat dari polyvinyl
chloride/besi, ruang gonad dan bekas pengumpul.

Besut Terengganu

ID : tm3406615037


SmartWin:Tiub Sedut Air

Alat ini dihasilkan sebagai sistem alternatif kepada kaedah bekalan air laut sedia ada.SmartWin senang dipasang. Komponen utama SmartWin terdiri dari paip polyvinyl chloride (PVC) bersaiz 8 ince lebar dan 10 kaki panjang. Di bahagian bawah paip diisi dengan gravel bersaiz sederhana. Beberapa lubang (1mm) ditebuk bagi membolehkan air masuk kedalam paip. Air disedut menggunakan paip PVC bersaiz 2 inci yang dipasang di bahagian tengah tiub.

Besut Terengganu

ID : tm3406715038


Sistem Asuhan Cents

Sistem tangki Cheap Efficient Nursery Tank System (CENTS) telah direka bagi mengatasi permasalahan ini. Sistem CENTS ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu 20 unit tangki culvert bersaiz 180 liter, saluran air masuk, saluran air keluar, saluran pengudaraan dan sistem perparitan. Tangki CENTS yang (75 cm diameter, 52 cm tinggi, 45 cm dalam) disusun dalam 2 barisan yang disambungkan secara selari dengan paip bekalan air. Setiap tangki boleh memuatkan 1,000 ekor ikan bersaiz 2-3 cm dan setiap pusingan mengambil masa 4-5 minggu bagi mencapai saiz 7.5-10.0 cm. Pengurusan mutu air bagi sistem CENTS boleh dibuat secara aliran terus atau kitar semula. Kaedah aliran terus melibatkan air dari tangki simpanan mengalir terus ke dalam tangki CENTS dan melimpah keluar ke dalam saluran buangan.

Besut Terengganu

ID : tm3406815039


SirehMAX : Rawatan Herba Akuakultur

SirehMAX adalah rawatan alternatif yang selamat dan berkesan bagi mengawal dan merawat penyakit bakteria pada ikan.SirehMAX merupakan produk daripada ekstrak daun sireh (piper betle).Produk ini mengandungi pelbagai bahan aktif yang mempunyai khasiat astrigen dan antiseptik yang membantu mempercepatkan penyembuhan dengan mengecutkan tisu-tisu organik serta membunuh kuman.Justeru produk berbentuk cecair ini merupakan agen antimikrob yang berkesan dan boleh diguna untuk merawat pelbagai jebis jangkitan bakteria pada ikan.

Besut Terengganu

ID : tm3406915040


Oxygen Stormer Alat untuk Kekalkan Ketepuan Oksigen

Oxygen Stormer merupakan alat yang direka oleh FRI Tg Demong
untuk meningkat dan mengekalkan kadar ketepuan oksigen dalam
tangki takungan dalam masa yang singkat. Komponen-komponen
OS terdiri dari batu pengudaraan, saluran pengagih dan pemberat.
Dengan menggunakan OS, kadar oksigen air laut dalam tangki
takungan dapat ditingkatkan kepada 6.57 (95.5%) dalam masa 2
minit dan kepada 7.23 ppm (103.1%) dalam masa 1 jam.

Besut Terengganu

ID : tm3407015041


Fish Egg Harvester

Satu rekabentuk pemungut ideal dari segi keupayaan untuk
memungut telur yang tersenyawa telah di hasilkan oleh FRI Tg.
Demong. Komponen Fish Egg Harvester adalah, tangki gentian
kaca bulat, hapa 400 m dan polyvinyl chloride (PVC). Telur yang tersenyawa dalam tangki pembenihan akan mengalir keluar secara terus ke dalam Fish Egg Harvester di mana telur-telur tersebut akan dikumpul dan dibersihkan sebelum dimasukkan ke tangki asuhan. Inovasi ini berjaya menjimatkan masa, kos, meningkatkan produktiviti serta mudah digunakan.

Besut Terengganu

ID : tm3444715418


Tilapia Egg Incubator TEI4

Inovasi yang dihasilkan iaitu alat inkubator telur TEI4 yang bertindak sebagai alat untuk mengeramkan telur tilapia menggantikan fungsi pengeraman yang berlaku di dalam mulut induk betina. Alat ini adalah mudah alih dengan kos yang mampu milik oleh penternak kecil. Apabila telur telah menetas, anak ikan yang telah berenang dengan sempurna akan berada di permukaan air dan kemudiannya akan turun mengikut aliran air masuk ke dalam hapa.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444815419


Sangkar Bio-Komposit

Permintaan tinggi terhadap industri sangkar akuakultur sedikit terencat dengan penawaran harga bahan buatan sangkar semasa. Kenaikan harga kayu bergred A seperti cengal dan merbau menyebabkan pengusaha sangkar mengalami sedikit bebanan kos awalan dalam penbuatan sangkar mereka. Penggunaan buluh yang dahulunya popular digunakan tetapi tidak lagi sesuai untuk masa kini. Penawaran harga sangkar plastik, High Density PolyEthylene (HDPE) dilihat paling menguntungkan dari segi penyenggaraan namun melibatkan kos yang amat tinggi. Justeru, pengenalan kepada suatu bahan yang mempunyai kekuatan seperti plastik namun masih mengekalkan rupa bentuk fizikal kayu telah diperkenalkan. Penggunan bahan buangan seperti habuk kayu, sekam padi, sisa sawit dan bahan fiber asli lain seperti kenaf telah digunapakai bersama polimer
HDPE bagi penghasilan unit sangkar baru. Unit sangkar baru ini telah diubahsuai daripada rekabentuk asal floater yang diimport daripada negara Austria dan Taiwan yang dibuat dalam bentuk modular. Ini menghasilkan struktur sangkar biokomposit yang tahan, kuat dan murah. Rekabentuk asal unit juga telah diubahsuai agar dapat menghasilkan saiz sangkar mengikut citarasa pengusaha sendiri.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444915420


PS Aquatics : Produk Artemia Berkualiti Tinggi

PS Aquatics adalah Artemia proses berkualiti tinggi. Artemia
merupakan makanan utama dalam proses pembenihan kebanyakan
spesis akuakultur dan ikan hiasan. Artemia di bawah jenama PS
Aquatics dihasilkan dengan persijilan MyGAP dan dengan sistem
kualiti berdasarkan HACCP bagi memastikan produk yang dihasilkan bebas daripada patogen penyebab penyakit yang boleh merencat industri akuakultur. Produk PS Aquatic yang berasaskan Artemia adalah dalam bentuk naupli dan biojisim yang asal dan produk tambah baik berasaskan keduanya. Antara produk tambah baik adalah Artemia mentah naupli dan biojisim segar hidup, Artemia naupli dan biojisim mentah sejuk beku, Artemia sejuk kering dan pellet Artemia. Kepelbagaian produk berasaskan Artemia untuk industri akuakultur dan ikan hiasan bermatlamat untuk memudahkan penggunaan tanpa memberi perubahan kepada pada profil kualiti asal Artemia. Selain itu, produk tambah baik ini juga memudahkan penggunaan, penggendalian dan juga simpanan.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445015421


Paya Buatan (Constructed Wetland) Untuk Rawatan Air
Buangan Akuakultur Air Tawar


Untuk merawat air buangan akuakultur supaya selamat untuk
dilepaskan ke persekitaran. Projek pilot paya buatan di FRI Glami Lemi didapati telah berjaya merawat air buangan akuakultur dan air yang telah dirawat selamat dibuang atau dilepaskan ke persekitaran luar. Projek ini sangat berpotensi dan harus digunapakai oleh semua pengusaha akuakultur di Malaysia. Pengusaha akuakultur air tawar kini telah mula ada kesedaran untuk memastikan alam sekitar disekeliling kawasan ternakan tidak tercemar. Air yang dirawat boleh digunakan semula.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445115422


Kit Kultur Tisu

Model
Kit kultur tisu terdiri daripada peralatan kultur tisu, sumber
nutrien dan tumbuhan akuarium
Kos
Anggaran kasar kos kit kultur tisu tumbuhan akuarium ialah
RM300/set
Peralatan yang perlu disediakan oleh pengguna:
Ketuhar gelombang mikro dan periuk tekanan tinggi
Bilik kultur - Bilik/ruang bersih berhawa dingin
Lampu
Rak untuk meletak kultur tisu

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445215423


Kit Asuhan Udang Galah

Bagi membantu serta melancarkan aktiviti asuhan benih udang
galah selepas peringkat pasca larva (PL) maka inovasi yang
dinamakan Kit Asuhan Udang Galah (KAUG) diperkenalkan oleh FRI Glami Lemi. Kemudahan ini dinamakan kit kerana keupayaannya untuk dikendalikan secara pasang siap di lokasi yang dikehendaki dengan mudah. Selain daripada mudah disedia dan dipasang, kajian di peringkat operasi sebenar menunjukkan bahawa KAUG berupaya memberi keputusan yang memberangsangkan dalam peratus kemandirian semasa asuhan. Oleh itu diyakini dengan adanya KAUG industri ternakan udang galah tempatan akan berupaya melonjak naik dan pendaratan daripada aktiviti akuakultur boleh meningkat tanpa memerlukan tambahan keluasan kolam. KAUG juga sesuai digunakan untuk menghasilkan benih bagi tujuan pelepasan di perairan umum untuk tujuan peningkatan stok. Benih yang diasuh terlebih dahulu akan lebih besar dan pasti akan memberi impak yang lebih besar kepada program peningkatan stok berbanding amalan sedia ada yang menabur benih kecil secara terus ke perairan umum.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445315424


Kit Akuaplant

Kit untuk menghasilkan sendiri tumbuhan akuatik
menggunakan kaedah tisu kultur

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445415425


Kaedah Krioawetan
Sperma Dan Persenyawaan
In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)


Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang
berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.

Jelebu Negeri Sembilan

Displaying 1 - 18 of 18

To Register New Technology and Product Click Here