Kajian Inovasi Kebangsaan dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti dan status inovasi negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sehingga kini, MASTIC telah melaksanakan kajian ini sebanyak enam kali dan kajian dilaksanakan setiap 2-4 tahun sekali. Statistik dan trend yang dilaporkan dalam kajian ini akan diguna pakai oleh pembuat dan penganalisis dasar negara bagi melihat perkembangan aktiviti inovasi di kalangan sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia.