Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Pangkalan Data Organisasi STI

Anda di sini

Latar Belakang

Pangkalan data ini menyimpan data organisasi yang terlibat di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI di Malaysia. Pangkalan data ini merangkumi institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta.

Pangkalan data ini diguna pakai oleh komuniti STI negara untuk mengenal pasti organisasi yang boleh dijadikan rakan kongsi dan kolaborasi dalam aktiviti R&D.  Selain itu, pangkalan data ini juga membolehkan analisis berkaitan organisasi dikeluarkan bagi memenuhi permintaan stakeholder seperti bilangan organisasi mengikut bidang penyelidikan dan lokasi organisasi mengikut negeri.

Pangkalan data organisasi STI telah dibangunkan oleh MASTIC sejak tahun 1998. Data organisasi diperoleh melalui kajian-kajian yang dijalankan oleh MASTIC, bahan penerbitan luar dan sumber lain secara atas talian. Data-data ini dikemas kini oleh MASTIC secara berterusan sepanjang tahun bagi memastikan kerelevanan data berkenaan. 

Definisi

Organisasi STI adalah organisasi yang terlibat di dalam aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI di Malaysia.

Kandungan Organisasi STI

  • Nama dan alamat organisasi;
  • Ketua dan orang perhubungan;
  • Jenis organisasi;
  • Bidang kepakaran organisasi;
  • Peranan organisasi; dan
  • Aktiviti dijalankan.
Status Semasa

Maklumat organisasi STI dikemas kini melalui sebuah aplikasi atas talian di MASTIC dan dipaparkan pada sistem Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my).

Untuk mengemaskini maklumat organisasi, sila hubungi pegawai MASTIC berikut:

Suriati Binti Mokhlis

Tel: 03-8885 8111 | E-mail: suriatimokhlis[at]mosti.gov.my

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Pautan

1 Malaysiawww.1malaysia.com.mywww.mosti.gov.mywww.1dana.gov.mywww.1dana.gov.my
www.yim.mymyideas.aplikasi.mySTI Linkswww.digitalmalaysia.myniceexpo.mosti.gov.my

ePenyertaan

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/sti/kandungan-sti/row/pangkalan-ilmu-sti/pangkalan-data-organisasi-sti
  • Jumlah Pelawat: 1082970