Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kemudahan dan Peralatan STI

Anda di sini

Latar Belakang

Pangkalan data ini mengandungi senarai kemudahan dan peralatan S&T yang didapati daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan kerajaan, universiti, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta. Ini termasuklah makmal dan kemudahan spesifik, tempat percubaan dan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan S&T. Inventori ini dapat menggalakkan kerjasama strategik serta menjimatkan kos R&D menerusi perkongsian guna sama kemudahan S&T sedia ada. Ia juga digunakan sebagai rujukan pelbagai khususnya yang terlibat dalam aktiviti R&D.

Pengumpulan data mengenai kemudahan dan peralatan S&T telah dilaksanakan oleh MASTIC sejak tahun 1994. Sehingga kini, sebanyak 753 kemudahan dan 2,319 peralatan dari pelbagai organisasi telah disimpan di dalam pangkalan data MASTIC yang menjadi rujukan utama pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Aktiviti pengumpulan dan pengemaskinian secara menyeluruh telah dilaksanakan pada tahun 2007 bagi memastikan universiti, agensi penyelidikan dan agensi kerajaan melaporkan maklumat tersebut dengan lebih komprehensif. Pengemaskinian maklumat kemudahan dan peralatan S&T yang dilakukan secara berterusan oleh pihak MASTIC melalui sistem aplikasi S&T Facilities and Equipment.

kadungan Kemudahan dan Peratalan STI
  • Nama dan hak milik organisasi;
  • Pengkhususan kemudahan dan peralatan;
  • Deskripsi;
  • Status perkongsian; dan
  • Status pengakreditasian

Status Semasa

Maklumat dalam pangkalan data ini dikemas kini dari semasa ke semasa melalui pengemaskinian berterusan dan dan turut dipaparkan dalam sistem  Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my) untuk rujukan pelbagai pihak.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

Suriati Binti Mokhlis

Tel: 03-8885 8111 | E-mail: suriatimokhlis[at]mosti.gov.my

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/sti/kandungan-sti/row/pangkalan-ilmu-sti/kemudahan-dan-peralatan-sti
  • Jumlah Pelawat: 4739783