Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

1. Tujuan Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2) adalah untuk:

1.1 membangunkan konsep sedia ada yang berkaitan dengan reka bentuk teknologi, proses atau produk ke arah pengkomersialan bagi mengurangkan jurang kegagalan (valley of death); dan

1.2 merangsang pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan teknologi melalui jaringan kerjasama antara Institut Penyelidikan Kerajaan, Agensi STI Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, dengan industri.

Skop Pembiayaan

G01: Pilot plant/prototype
G02: Pre-clinical trial/clinical trial/non-clinical trial/field trial/stress test/user acceptance test
G03: Intellectual Property (IP)
G04: Market study and evaluation
G05: Compliance with regulations and standards
G06: Special services
G07: Raw materials/ consumables directly related to the project
G08: Administration
G09: Technology/IP acquisition

Kaedah Permohonan

Permohonan melalui Kaedah Konvensional

1. Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan bersama-sama dokumen sokongan seperti Lampiran 3 melalui https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/ dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. Semua permohonan hendaklah disemak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti dalam organisasi pemohon seperti Ketua Jabatan atau Pengurusan Penyelidikan Pusat. Pemohon mesti mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pembiaya.
3. Pemohon mesti menyatakan bukti konsep atau prototaip yang berfungsi dalam permohonan borang. Ini adalah bukti untuk mengesahkan konsep/teori/idea yang dicadangkan adalah terpakai.
4. Pemohon mesti mengiringi Model Perniagaan projek seperti di Lampiran 4.
5. Permohonan yang dihantar akan disemak oleh MOSTI bagi memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta memenuhi kelayakan asas permohonan Dana TeD 2.

Permohonan melalui kaedah fast track dipertimbangkan dengan syarat berikut:

1. Laporan Akhir Projek TeD 1 telah diluluskan oleh panel;
2. Mencapai semua objektif projek TeD 1; dan
3. Syor daripada panel untuk meneruskan projek di bawah TeD 2.

Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (start-up) yang berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan TeD 2:
1.1 Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
1.3 Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovation enabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.
1.4 Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
i. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
ii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
iv. Perniagaan berasaskan teknologi/ berkaitan teknologi dan
inovasi; dan
v. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.

2. Bagi Syarikat PKS atau Syarikat pemula (start-up), yang pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu:
i. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype),
ii. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan
iii. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia

3. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% (monetary atau in-kind) daripada jumlah keseluruhan kos projek.

4. Agensi STI adalah merujuk kepada agensi yang menjalankan fungsi penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan STI di bawah MOSTI.

5. Permohonan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah berkolaborasi dengan Syarikat Pemula/Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance (LoA)) atau lain-lain dokumen yang setara).

6. Permohonan daripada Syarikat Pemula dan PKS digalakkan berkolaborasi dengan IPTA, IPTS, GRI atau Agensi STI.

7. Pemohon yang berkolaborasi dengan IPTA, IPTS, GRI atau Agensi STI, hendaklah melantik Research Officer (RO)/ Graduate Research Assistant (GRA). (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance, LoA) atau lain-lain dokumen yang setara).

8. Manakala Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan digalakkan berkolaborasi dengan Syarikat Pemula/Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance, LoA) atau lain-lain dokumen yang setara).

9. Semua pemohon hendaklah berdaftar di Malaysia.

10. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.

11. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.

12. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:
i. permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
ii. ahli projek mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai bidang kepakaran yang sama dan dari institusi yang sama. 

13. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.

14. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta/ hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.

15. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.

16. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.

17. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projekprojek yang  berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.

18. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia kecuali mendapat kelulusan daripada MOSTI.

19. Projek yang dicadangkan perlu mengandungi elemen pembangunan eksperimental (experimental development) yang menghala kepada pengkomersialan.

20. Projek yang dicadangkan perlu berada pada tahap pra-pengkomersialan dengan sekurang-kurangnya mempunyai pembuktian konsep (proof of concept) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype).

21. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

22. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.

Maklumat Perhubungan

Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 4, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya

Email
urusetia.ted2@mosti.gov.my
helpdesk-sdb@mosti.gov.my
Telefon
603-88858315
Terakhir dikemaskini
26 Julai 2023