Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

1. Tujuan Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD 1) adalah untuk;

1.1 membangunkan konsep sedia ada berkaitan dengan reka bentuk teknologi, proses atau produk yang berpotensi untuk dikomersialkan; dan

1.2 merangsang pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam kalangan Institut Penyelidikan Kerajaan, Agensi STI, Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik, Kolej Komuniti dan industri.

Skop Pembiayaan

G01:Pilot plant/prototype
G02:Pre-clinical trial/clinical trial/non-clinical trial/field trial/stress test/user acceptance test
G03:Intellectual Property (IP)
G04:Market study and evaluation
G05:Compliance with regulations and standards
G06:Special services
G07: Raw materials/ consumables directly related to the project
G08: Administration
G09: Technology/IP acquisition

Kaedah Permohonan

1. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti Lampiran 3 melalui https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/ dalam masa yang ditetapkan.

2. Semua permohonan mesti disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa dalam organisasi pemohon seperti Ketua Jabatan atau Pusat Pengurusan Penyelidikan. Pemohon mesti mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pembiaya.
    
3. Pemohon mesti menyertakan Model Perniagaan projek seperti di Lampiran 4.
    
4. Permohonan yang dikemukakan akan disemak oleh MOSTI bagi memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan memenuhi kelayakan asas permohonan Dana TeD 1. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (startup) yang berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi perlu mematuhi syarat
berikut:
a. Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. PKS juga hendaklah berdaftar dengan badan berkanun bagi penyedia perkhidmatan profesional.

2. Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovation-enabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.

3. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:
i. Berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM); 
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi / berkaitan teknologi dan inovasi; dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.

4. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% (monetary atau in-kind) daripada jumlah keseluruhan kos projek.

5. Agensi STI adalah merujuk kepada agensi yang menjalankan fungsi penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan STI di bawah MOSTI.

6. Permohonan daripada IPTA, IPTS, GRI dan Agensi STI digalakkan berkolaborasi dengan Syarikat Pemula atau PKS (bukti dokumen adalah sekurang kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance, LoA) atau lain-lain dokumen yang setara).

7.  Permohonan daripada Syarikat Pemula dan PKS digalakkan berkolaborasi dengan IPTA, IPTS, GRI atau Agensi STI.

8. Pemohon yang berkolaborasi dengan IPTA, IPTS, GRI atau Agensi STI, hendaklah melantik Research Officer (RO)/ Graduate Research Assistant (GRA) (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance, LoA) atau lain-lain dokumen yang setara).

9. Semua kategori syarikat hendaklah memiliki minimum 51% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

10. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.

11. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja boleh mengetuai projek tetapi boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.

12. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:
i. permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
ii. ahli projek mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai bidang kepakaran yang sama dan dari institusi yang sama.

13. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI / IPT hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.

14. Ahli pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.

15. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.

16. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.

17. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.

18. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia.

19. Projek yang dicadangkan perlu mengandungi elemen pembangunan eksperimental (experimental development) yang boleh di komersialkan.

20. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

21. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.
 

Maklumat Perhubungan

Bahagian Dana, Kementerian Sains, Teknologi, & Inovasi (MOSTI) Aras 4, Blok C4, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya

Email
urusetia.ted1@mosti.gov.my
helpdesk-sdb@mosti.gov.my
Terakhir dikemaskini
01 Ogos 2023