Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

1. Objektif

1.1 Pembiayaan di bawah SRF-APP adalah untuk menyokong pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) merangkumi penyelidikan, teknologi baru, proses, produk inovatif atau nilai tambah kepada teknologi / produk sedia ada yang berimpak tinggi untuk masyarakat, ekonomi dan keprihatinan nasional seperti yang digariskan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

1.2 Pelaksanaan program berimpak tinggi di bawah skim SRF-APP juga bertujuan untuk menghasilkan penyelesaian terhadap cabaran semasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Malaysian Grand Challenges (MGC) dan isu-isu strategik semasa negara.

Skop Pembiayaan

G01: Pilot plant/prototype
G02: Pre-clinical trial/clinical trial/non-clinical trial/field trial/stress test/user acceptance test
G03: Intellectual Property (IP)
G04: Market study and evaluation
G05: Compliance with regulations and standards
G06: Special services
G07: Raw materials/ consumables directly related to the project
G08: Administration
G09: Technology/IP acquisition

Kaedah Permohonan

Pemohon mesti mengemukakan permohonan kepada Agensi Pelaksana dan Pemantau (APP) yang dilantik. Senarai APP boleh dirujuk di https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/garispanduan/

Kriteria Kelayakan

​​​​​​​

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (start-up) yang berasaskan / berkaitan teknologi dan inovasi perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan Dana SRF- APP.

2. Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

3. Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovation- enabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.

4. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut: 
i. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%); 
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00; 
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat; 
v. Perniagaan berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi; dan 
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.

5. Bagi pemohon daripada kategori syarikat yang mempunyai pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu: 
i. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype); 
ii. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan 
iii. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia.

6. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, Syarikat Multinasional (MNC) dan Large Companies, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% (monetary atau in-kind) daripada jumlah keseluruhan kos projek.

7. Permohonan projek daripada APP perlu berkolaborasi dengan rakan strategik daripada industri atau pihak-pihak berkepentingan lain untuk tujuan pengkomersialan.

8. APP boleh terlibat dalam projek sebagai penyedia perkhidmatan kepada entiti. Walau bagaimanapun APP tidak dibenarkan berperanan sebagai kolaborator bagi mengelakkan isu konflik kepentingan.

9. APP dan entiti perlu mencapai persetujuan bersama di peringkal awal permohonan berkenaan perancangan pelaksanaan projek serta kaedah penyaluran peruntukan atau pembayaran bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek sebelum perjanjian dimeterai.

10. Pemohon atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau diisytihar bankrap.

11. Syarikat tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan, diisytihar digulung, dalam pembubaran atau di bawah receivership.

12. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.

13. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat: 
i. permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan 
ii. mestilah mempunyai ahli projek daripada warganegara Malaysia dari institusi yang sama.

14. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.

15. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta/ hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.

16. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan mesti menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.

17. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan beberapa permohonan bagi projek-projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.

18. Projek mestilah dilaksanakan di Malaysia.

19. Bagi permohonan projek di bawah bidang keutamaan, projek yang dicadangkan perlu berada pada tahap pra-pengkomersialan dengan sekurang-kurangnya mempunyai pembuktian konsep (proof of concept) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype).

20. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

Maklumat Perhubungan

Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 4, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya

Email
urusetia.srf@mosti.gov.my
helpdesk-eDana@mosti.gov.my
Telefon
603 – 8885 8544
Terakhir dikemaskini
01 Ogos 2023