Memberi bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat baru atau perusahaan bagi pewujudan usahawan Perkhidmatan baru.
Untuk memberi bantuan kewangan kepada sektor perkhidmatan untuk mengembangkan / meningkatkan / memodenkan / mempelbagaikan perkhidmatan mereka ke dalam aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.
Kaedah Permohonan
Permohonan secara manual dengan mengemukakan borang permohonan : www.midf.com.my
Kriteria Kelayakan
Syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Syarikat didaftarkan di bawah pendaftaran Akta Perniagaan 1956
Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dipegang oleh warganegara Malaysia
Mempunyai lesen premis yang sah
Maklumat Perhubungan
Malaysian Industrial Development Finance Berhad Level 21, Menara MIDF 82, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur