Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Penyelidikan ini bertujuan untuk memantapkan kecemerlangan dalam penjanaan teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu.

Kaedah Permohonan

Permohonan secara atas talian : http://mygrants.gov.my/main.php

Kriteria Kelayakan
  1. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan fundamental yang dapat menghasilkan suatu teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu; dan
  2. Penyelidikan yang dapat memantapkan kecemerlangan dan mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang cutting edge, khususnya nic yang telah dikenalpasti; dan
  3. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam Negara dan sejagat; atau
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.
Maklumat Perhubungan

Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT,Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 7, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 W.P. Putrajaya

Faks
03-8870 6867
Telefon
03-8870 6974/6975
Terakhir dikemaskini
28 Ogos 2023