Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Dana Pembangunan Teknologi Halal merupakan dana padanan hibrid dengan instrumen Nota Janji Boleh Ubah (Convertible Promissory Notes, CPN)  dan skim geran, direka khusus untuk membiayai  dan membimbing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri halal bagi aktiviti pengembangan perniagaan dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan halal. Skop pembiayaan HTDF juga diperluaskan kepada pemodenan dan automasi perniagaan sedia ada di dalam sektor pertanian dan akuakultur.

HTDF menawarkan dana yang menarik, holistik dan patuh syariah untuk suntikan teknologi untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti sehingga PKS terus maju.

 

Kaedah Permohonan

Setiap syarikat yang ingin memohon dana ini perlu membuat pembentangan rancangan perniagaan melalui sesi "MTDC Weekly Pitching". Sesi pitching tersebut boleh dimohon melalui https://pitching.mtdc.com.my

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan majukan e-mel kepada kami (pitch@mtdc.com.my)

Penghantaran Borang Permohonan perlu dibuat secara fizikal


 

 

Kriteria Kelayakan

Halal Technology Development Fund 1 (HTDF 1)

1. Syarikat PKS dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
2. Pegangan saham mestilah sekurang-kurangnya 60% oleh warganegara Malaysia;
3. Produk syarikat telah mendapat pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dikecualikan bagi sektor pertanian dan akuakultur;
4. Bukan anak syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) atau syarikat multinasional (MNC); dan
5. Perniagaan yang mampan dan berdaya maju.

Halal Technology Development Fund 2 (HTDF 2)

1. Kesemua kriteria yang disenaraikan di atas (HTDF 1); dan produk atau perkhidmatan telah dieksport.

Maklumat Perhubungan

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
Level G, Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
 

Email
elyana@mtdc.com.my
pitch@mtdc.com.my
Faks
NA
Telefon
NA
Terakhir dikemaskini
26 Jun 2023