Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Skop Pembiayaan

Dana PRGS diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Kaedah Permohonan

Permohonan atas talian seperti pautan : http://mygrants.gov.my/main.php

Kriteria Kelayakan

1. Geran yang dipohon mestilah melibatkan penghasilan salah satu perkara berikut:

● Pembuktian konsep (proof of concept)
● Penilaian (evaluation)
● Skala naik (up scaling)
● Ujian Pra Klinikal (pre-clinical testing)
● Ujian lapangan (field testing); dan

2. Prototaip yang memberi impak kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau

3. Prototaip yang berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baru; atau

4. Prototaip yang berpotensi yang menyumbang kepada agenda strategik negara.

Maklumat Perhubungan

Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 7, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 W.P. Putrajaya

Faks
03-8870 6867
Telefon
03-8870 6974/6975
Terakhir dikemaskini
28 Ogos 2023