Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

Insentif cukai untuk angel investor berbentuk pelepasan cukai pendapatan. Jumlah pendapatan agregat yang dikecualikan adalah bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh angel investor dalam syarikat pelaburan (tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM500,000).

Kaedah Permohonan

Sila layari https://www.mban.com.my/membership/angel-investor-membership untuk maklumat lanjut.

Permohonan melalui pautan laman sesawang iaitu: https://mban.worxflo.com/public_forms/6c87c0xhHrbqjheZ

Kriteria Kelayakan

Angel investor mesti mendapat akreditasi daripada Angel Tax Incentive Office (ATIO). Syarikat pelaburan yang layak untuk pelaburan mesti disahkan oleh ATIO.

Kriteria Kelayakan Pelaburan:

1. Pelaburan mesti dibuat ke dalam syarikat pelaburan/syarikat pemula yang layak (disahkan oleh Angel Tax Incentive Office);
2. Tidak mempunyai hubungan kekeluarga contohnya pasangan, anak-anak, ibu bapa dan datuk/nenek;
3. Pelaburan bertujuan membiayai aktiviti yang diluluskan oleh MoF;
4. Pelabur mesti memegang pelaburan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum menuntut pelepasan cukai;
5. Saham tidak boleh dijual dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh pelaburan dibuat;
6. Angel investor tidak boleh memegang lebih daripada tiga puluh (30) peratus daripada jumlah ekuiti syarikat pelaburan;
7. Jumlah minimum RM5,000.00 bagi setiap pelaburan dan maksimum pelaburan sebanyak RM5000,000.00 untuk setahun secara keseluruhannya;
8. Dalam setahun hanya maksimum lima (5) kelulusan pelaburan diberikan;
9. Pelaburan yang dibuat mesti dibayar secara tunai, sepenuhnya dan not in kind;
10. Pegangan saham mesti ditunjukkan dalam Perjanjian Pemegang Saham;
11. Saham berbentuk 'ordinary shares' perlu dikeluarkan kepada angel investors. Jika 'preference shares' dikeluarkan, ia tidak boleh ditukar menjadi pinjaman atau 'call option', tetapi hanya boleh ditukar kepada 'ordinary shares'.

Maklumat Perhubungan

Cradle Fund Sdn Bhd
Level 20, Sunway Putra Tower 
100 Jalan Putra, 50350
Kuala Lumpur

Email
atio@cradle.com.my
Telefon
03-4045 8600
Terakhir dikemaskini
12 Oktober 2023