Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Objektif Anugerah

Mengiktiraf organisasi di atas inisiatif yang berjaya memanfaatkan ICT secara menyeluruh dan secara inovatif dalam penyampaian perkhidmatan.

Kriteria Kelayakan
  1. Agensi-agensi Sektor Awam yang telah menggunakan ICT secara inovatif dalam menjalankan fungsi dan operasi teras mereka di organisasi masing-masing dengan berkesan;
  2. Projek yang dicalonkan perlulah telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan pada tarikh tutup permohonan;
  3. Projek yang telah memenangi AIICT pada tahun 2015 dan 2016 tidak layak menyertai AIICT 2017; dan
  4. Projek yang dicalonkan tidak dikaitkan dengan rekod aduan yang serius atau aktiviti yang melanggar peraturan/pekeliling/akta/undangundang kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
Insentif

Kewangan
Pertama : RM150,000

Kedua : 
RM100,000

Ketiga :
RM50,000

Lain-Lain
Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kaedah Permohonan

1. Permohonan bagi AIICT adalah secara dalam talian melalui url http://aplikasi.mampu.gov.my/aiict/
2. Pemohon perlu mengemukakan Borang Pencalonan dan Laporan Pencalonan seperti dilampirkan mengikut format yang ditetapkan secara dalam talian.