Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Organisasi Pemberi Anugerah
Objektif Anugerah

Mengiktiraf inisiatif penambahbaikan sistem yang sedia ada, penjimatan perbelanjaan awam serta peningkatan hasil kerajaan melalui pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.

Objektif :

Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam;
Memberikan pengiktirafan secara formal kepada Agensi Kerajaan yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam pengurusan kewangan;
Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan antara Agensi Kerajaan;
Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan;
Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan
Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kriteria Kelayakan

1. Semua Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) serta Pihak Berkuasa Tempatan layak memohon dan dipertimbangkan sebagai pemenang AIPK;
2. Inovasi hendaklah diterajui atau dihasilkan oleh Agensi Kerajaan sendiri;
3. Agensi yang telah memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi sistem aplikasi pengurusan kewangan tidak layak untuk menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
4. Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin menyertai anugerah ini hendaklah mempunyai Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kewangan selama tiga (3) tahun berturut-turut;
5. Agensi hendaklah mendapat penarafan sekurangkurangnya 3 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Bagi Agensi yang masih belum mempunyai penarafan dalam hal ini, penyertaan mereka akan diputuskan berdasarkan kepada ulasan Prestasi dari Jabatan Audit Negara;
6. Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau
R&D yang tidak menghasilkan peningkatan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan kewangan sesuatu organisasi tidak layak menyertai AIPK;
7. Inovasi yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh ianya diperkenalkan (mulai tahun 2013);
8. Borang Penyertaan dalam AIPK hendaklah ditandatangani oleh Ketua Agensi; dan
9. Agensi hendaklah memberi kerjasama kepada Panel Penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk berkongsi idea inovasi dengan Agensi lain sekiranya dipilih sebagai pemenang.
 

Insentif

Kewangan
Pertama : RM150,000

Kedua : 
RM100,000

Ketiga :
RM50,000

Lain-Lain
Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kaedah Permohonan

1. Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPK seperti di Lampiran A dengan ditandatangani oleh Ketua Agensi;
2. Menyediakan lima (5) salinan Laporan AIPK bersama softcopy dalam bentuk PDF berdasarkan format di Lampiran B yang mengandungi penerangan dan bukti pencapaian di bawah empat (4) kriteria penilaian seperti di Lampiran C;
3. Mengisi senarai semak permohonan AIPK seperti di Lampiran D; dan
4. Mengemukakan borang permohonan AIPK bersama Laporan AIPK sebelum atau pada tarikh tutup seperti yang dinyatakan di dalam surat pelawaan kepada :-

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi
Aras 6, Blok Selatan
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana
Presint 2
62592 Putrajaya
(u.p.: Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan)