Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Anugerah
Objektif Anugerah

Pengiktirafan kepada Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) serta kakitangan separuh ikhtisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini dilaksanakan bagi memberi inspirasi dan galakan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dan melipatgandakan usaha mereka untuk membantu memajukan penyelidikan sains dan teknologi di Negara ini. Bermula tahun 2019, Anugerah Juruteknologi Negara (AJTN) dijenamakan semula kepada Anugerah Juruteknik (Sains) penguatkuasaan Akta 768 – Akta Teknologis Dan Juruteknik 2015, AJTN telah ditukar kepada Anugerah Juruteknik Sains Negara bertujuan selaras dengan Akta 768 di mana perjawatan juruteknik adalah disandang oleh juruteknik dengan gelaran (Tc) dan juruteknologis dengan gelaran (Ts).

Kriteria Kelayakan

Kumpulan sasaran untuk adalah para juruteknologi (juruteknik/ pembantu makmal) yang menjalankan projek penyelidikan di pusat penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia.

Insentif

Piala, Sijil dan Wang Tunai berjumlah RM10,000.00

Kaedah Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian bermula bulan 3 setiap tahun dan ditutup pada bulan 7 setiap tahun. Pautan dan baner Anugerah akan diletakkan pada laman sesawang MOSTI.